Thursday 10 December 2015

GOUT DAN JSD

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin. Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

TANDA-TANDA GOUT:
  1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  9. penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
  10. bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.
PUNCA-PUNCA GOUT:
1. Gaya hidup yang tidak sihat — Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout

2. Obesiti / kegemukan — Terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.

4. Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama boleh juga mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

5.  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

6. Sakit gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Pastikan makan mengikut keperluan pyramid makanan

Jika anda mengalami salah satu atau beberapa tanda tanda gout diatas, anda boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital. Jika anda disahkan mendapat penyakit gout, ubati segera dengan perubatan moden atau penawar gout berasaskan herba


nak cuba JSD, boleh rujuk sini:

utk lelaki : jamu lelaki jutawan (JLJ)
utk perempuan:  CDW
utk luaran, boleh mandi dengan magic body slimming soap (mbss), sapu deep heat lotion (DHL)

berminat utk mendapatkan rundingan percuma?

==> SMS/WASSAP 01115008915 (ila) @ 01118757220 (nik)

==>jemput like page kami di www.facebook.com/NNSHealthNBeauty

==> follow kami di ig : jamususukdara_nns

**agen/dropshipper diperlukan :)

No comments:

Post a Comment